Nasional Maybank akan tingkatkan Kadar Asas dan BLR mulai 8 Julai ini

Maybank akan tingkatkan Kadar Asas dan BLR mulai 8 Julai ini

14

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Berhad (Maybank) bakal meningkatkan kadar asas dan kadar pinjaman asas sebanyak 25 mata peratusan bermula Jumaat, (8 Julai 2022) selaras dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Dalam satu kenyataan, Maybank berkata serentak itu kadar asas (BR) disemak semula kepada 2.25 peratus berbanding 2 peratus sebelum ini, dan kadar pinjaman asas (BLR) dilaras kepada 5.90 peratus setahun berbanding 5.65 peratus.

“Kadar Asas Islamik dan Kadar Asas Pembiayaan akan turut ditingkatkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus dan 5.65 peratus kepada 5.90 peratus masing-masing,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini. 

Susulan semakan OPR itu juga, kadar deposit tetap Mahbank dan Maybank Islamik juga diubah bermila 8 Julai 2022.-ASTRO AWANI

Previous articleBNM naikkan 25 mata asas OPR kepada 2.25 peratus
Next articleMinyak masak paket hanya untk kegunaan isi rumah sahaja dan peniaga kecil, bukan untuk pengusaha restoran
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here