Tempatan MBKS cadang kuatkuasa larangan penyedut minuman plastik dan polisterin Julai depan

MBKS cadang kuatkuasa larangan penyedut minuman plastik dan polisterin Julai depan

7

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bercadang menguatkuasakan larangan penggunaan ke atas bekas styrofoam dan penyedut minuman plastik di kedai makan di bawah pentadbirannya mulai Julai ini. 

Menurut Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng, MBKS akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha kedai makan di bawah bidang kuasanya sebelum mengambil keputusan melaksanakannya pada Julai depan. 

Katanya, MBKS akan berhubung dengan persatuan berkaitan bagi membincangkan tarikh akhir pemberhentian penggunaan penyedut plastik yang bertujuan memberi manfaat kepada semua. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran ‘Earth Day-Invest In Our Future ‘ di lobi MBKS pada Jumaat. 

Tambah Dato Wee lagi, MBKS berhasrat memasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik dan bekas styrofoam ke dalam syarat lesen (license condition).

“Apabila ia menjadi syarat lesen, MBKS boleh membatalkan lesen di bawah Seksyen 145(G) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996 (Bab 20) jika terdapat pelanggaran.

“MBKS juga mempunyai hak untuk mewujudkan dasar demikian dan ia juga akan ditambah kepada dasar sedia ada untuk operasi pusat dan pasar penjaja,” tambahnya. 

Previous articleYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Sarawak dalam rangka lawatan dua hari
Next articleYang DiPertuan Agong dan Permaisuri berangkat balik selepas mengadakan lawatan dua hari ke Sarawak 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here