Politik

MCA tidak perlu berkecil hati, hubungan dengan PH adalah perkongsian pintar – Zahid Hamidi

BAYAN LEPAS: Parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA, tidak perlu ‘berkecil hati’ dalam kerjasama yang dijalinkan gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berpandangan harus ada sikap menyantuni parti-parti yang berkolaborasi secara kerjasama pintar, yang menjadi realiti baharu politik negara hari ini.

“Kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa BN terus diperkasakan. Bukan sahaja MCA tapi MIC, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) adalah komponen teras kita.

“Kita juga mempunyai parti bersekutu dalam BN, yang penting adalah kerjasama dengan semua parti dalam ‘outfit’ BN serta kita harus menyantuni keberadaan parti-parti daripada kolaborasi ini dan terdapat 19 parti yang berada di dalam ini.

“Saya tak mahu mana-mana parti berkecil hati apabila kita bekerjasama secara perkongsian pintar ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, yang mengingatkan Ahmad Zahid supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan PH khasnya DAP.

Sin Woon dalam satu kenyataan semalam turut menegaskan supaya Ahmad Zahid berpegang utuh kepada prinsip, selain berwaspada dalam hal berkaitan kerjasama antara kedua-dua gabungan.

Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen BN memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh dukungan dan sokongan daripada ahli-ahlinya serta menarik para pengundi yang terdiri daripada bukan ahli.

“Ini untuk memberikan gambaran positif kepada partinya dan bukan kesan buruk yang berlaku disebabkan perkara-perkara lampau.

“Jadi memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luar itu lebih penting daripada melayani rasa kecil hati oleh mana-mana parti politik,” katanya.-BERITA HARIAN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *