Tempatan

Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kek Lapis Sarawak punyai keunikan tersendiri – PM Ismail Sabri

KUCHING: Kejayaan Kuching yang diiktiraf sebagai Creative City of Gastronomy akan merancakkan lagi industri pelancongan dan kebudayaan khususnya di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran Festival Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 selama empat hari dapat mempromosikan produk kesenian dan warisan khususnya di Sarawak yang sememangnya cukup kaya dengan ‘biodiversity’.

“Hidangan makanan tempatan seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kek Lapis Sarawak, persembahan seni tari pelbagai etnik sehinggalah jualan kraftangan, semuanya mempunyai keunikannya tersendiri.

“Maka tidak hairanlah sambutan festival mega ini cukup signifikan dari segi tagline Malaysia- Truly Asia,” katanya semasa berucap merasmikan program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching pada Sabtu.

Tambah Datuk Seri Ismail, turut diadakan Konsert Sape yang bakal Malaysia Book of Records.

“Saya juga difahamkan pada sambutan Citrawarna kali ini, satu Konsert Sape akan diadakan di Dataran Waterfront Kuching melibatkan 250 orang pemain Sape.

“Ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan pemain sape terbanyak,” tambahnya.

Hadir sama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri dan beberapa menteri kabinet. -SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *