Tempatan Mekanik kapal ditemukan lemas di Sungai Rajang

Mekanik kapal ditemukan lemas di Sungai Rajang

20

KUCHING: Seorang mekanik kapal yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Rajang di sebuah dermaga di sini pada Khamis lalu telah dijumpai lemas oleh pasukan bomba pada Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat We Sing berusia 50-an ditemukan kira-kira tiga meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada jam 9.20 pagi pada hari ketiga operasi SAR.

“Bomba telah menjumpai mangsa hilang di lokasi 3 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh. Mangsa telah dibawa naik ke atas dermaga untuk proses pengecaman.

“Mangsa telah disahkan oleh keluarga mangsa yang turut hadir di lokasi. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan tersebut.

Berdasarkan kronologi kejadian itu, We Sing bersama beberapa orang rakannya hendak turun membaiki enjin kapal.

Mangsa dipercayai telah tergelincir ketika hendak melompat masuk ke sisi kapal dan jatuh ke dalam sungai.

Menurut saksi – rakan mangsa sendiri – mangsa ada timbul seketika namun terus tenggelam ke dalam sungai sehingga tidak timbul lagi.

Beliau kemudiannya menghubungi MERS999 untuk memaklumkan kepada pihak Bomba setelah pencarian awal menemui kegagalan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSelamat kembali ke tanah air – PM Ismail Sabri
Next articleSelamat menjalani ibadah puasa 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here