Tempatan Memasuki hari ke 4, mangsa Eric masih belum ditemui

Memasuki hari ke 4, mangsa Eric masih belum ditemui

29

KUCHING: Operasi pencarian kanak-kanak hilang di Jeti Muara Tebas yang memasuki hari ke 4 diteruskan dan masih belum mendapat sebarang petunjuk.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam kenyataan pada Rabu, kawasan pencarian petang ini menggunakan bot dalam radius pencarian 1  hingga 1.2 km.

“Operasi pencarian menggunakan bot pasukan Bomba, Polis Marin dan APMM dilakukan serta Unit Pengesan K9 Bomba.

“Setakat ini masih tiada menjumpai apa-apa petunjuk mangsa,” katanya.

Pada Ahad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima panggilan yang mengatakan mangsa Eric Chang Wei Jei, 4 tahun telah hilang di Jeti Muara Sungai Tebas.-SN

Previous article3 beradik yatim piatu selamat sampai di Kuching
Next articleKWSP beritahu pengeluaran khas RM10,000 adalah yang terakhir
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here