Tempatan

MHO terima 80 aduan skim pelaburan pembinaan hartanah

KUCHING: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) telah menerima lebih kurang 80 aduan daripada pengadu-pengadu di Sarawak dan Semenanjung Malaysia berhubung permasalahan yang dihadapi setelah mengikuti skim pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim telah menyerahkan aduan kes kepada Penolong Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Timothy Rangkang di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau memberitahu, ia adalah bagi Jabatan Peguam Negara untuk membuat dakwaan kepada syarikat terbabit dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menjelas lanjut mengenai aduan berkenaan, katanya, konsep skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah berkenaan dengan skim pelaburan pembinaan hartanah yang mana para pelabur atau pengadu dijanjikan dengan pulangan atau faedah di dalam bentuk pulangan dividen dan juga aset hartanah.

Katanya lagi, syarikat ini juga menawarkan pakej untuk membina rumah dan juga menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian rumah berdasarkan kepada pakej-pakej yang disediakan atau reka bentuk rumah yang diinginkan oleh para pengadu dan mangsa-mangsa itu sendiri.

“Mangsa-mangsa dan para pengadu telah tertarik dengan pakej pelaburan perumahan yang ditawarkan kepada mereka melalui ejen dan/atau wakil syarikat.

“Mangsa-mangsa telah membayar untuk pakej pelaburan tersebut kerana mempercayai

pakej yang ditawarkan adalah merupakan satu pakej yang benar tetapi setelah dua tahun mangsa tidak mendapat apa yang telah mereka bayar untuk skim pelaburan

pembinaan hartanah tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, setelah pengadu-pengadu membuat bayaran penuh dan/atau membuat pembayaran pendahuluan seperti mana yang telah dimaklumkan kepada mereka oleh pihak syarikat, tiada sebarang maklumbalas atau perkembangan semasa yang dimaklumkan kepada mereka mengenai projek pakej skim pelaburan pembinaan

hartanah yang mereka sertai tersebut.

Malah katanya, seperti yang dimaklumkan oleh pengadu, tiada sebarang maklumbalas yang memuaskan dan lebih teruk lagi sebahagiannya tidak dapat langsung berhubung dengan pihak syarikat tersebut.

“Mangsa-mangsa penipuan dan pemerdayaan syarikat ini adalah bukan dari

golongan yang senang atau mewah.

“Mereka menyertai program dan projek pelaburan pembinaan rumah ini dengan niat untuk memiliki sebuah rumah milik mereka sendiri.

“Namun begitu, disebabkan oleh tindakan pihak syarikat yang mengambil kesempatan

terhadap mereka ini, niat mereka untuk memiliki rumah tidak kesampaian malahan

wang yang digunakan untuk menyertai projek atau program yang ditawarkan oleh

syarikat ini juga telah lesap diambil oleh mereka,” tambahnya.

MHO adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan.

MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *