Tempatan Minyak masak paket 1 kilogram sukar diperolehi

Minyak masak paket 1 kilogram sukar diperolehi

8

KUCHING: Rata-rata pengguna di bandar raya Kuching menyatakan kesukaran untuk membeli dan mendapatkan minyak masak paket 1 kilogram (kg).

Perkara ini dimaklumkan kepada wartawan Sarawak News yang mengadakan tinjauan di beberapa pasaraya di bandaraya ini dengan kebanyakan mereka mengeluh tentang situasi semasa ini. 

Keadaan ini menyebabkan orang ramai terpaksa membeli minyak masak botol di pasaran dengan harga yang mahal. 

Ini menimbulkan keresahan di kalangan pengguna dan meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan belum lagi berkesan sepenuhnya.

Lebih mendukacitakan apabila tempat menyimpan minyak masak paket kosong dan kehabisan bekalan, serta berlarutan sebelum 1 Julai lagi. 

Bermula 1 Julai, semua subsidi minyak masak botol ditarik balik dan ini menyebabkan harga minyak botol itu mengalami kenaikan mendadak. 

Bagaimanapun, subsidi minyak masak paket satu kilogram masih lagi kekal. 

Previous articleHarga siling ayam, telur ayam dikekalkan dua bulan – KPDNHEP
Next articleKehabisan stok punca bekalan minyak masak polibeg 1 kg berkurangan di pasaran
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here