Sukan Mohamad Nabil iringi Ibnuqaldoon ke Hanoi

Mohamad Nabil iringi Ibnuqaldoon ke Hanoi

6

KUCHING: Selepas Ibnuqaldoon Mohamad Sukor, seorang lagi gamers dari Sarawak, Mohamad Nabil Nazaruddin mengesahkan slotnya dalam Pasukan Esports Malaysia ke Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam pada bulan Mei depan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Persatuan E-sports Sarawak dalam laman sosial Facebook persatuan itu pada Ahad.

Mohamad Nabil Nazaruddin @ Snipes Gaming berusia 20 tahun yang berasal dari Piasau Jaya, Miri mewakili pasukan Geek Fam PUBG Mobile Malaysia.

Ia pastinya berita yang cukup menggembirakan buat penggiat sukan elektronik Sarawak menyaksikan kelibat dua atlet Bumi Kenyalang bersaing di pentas antarabangsa.

Pada Sabtu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengumumkan kejayaan bersejarah Ibnuqaldoon Mohamad Sukor menyertai pasukan Pasukan E-sports Malaysia ke temasya dwi-tahunan itu semasa perasmian program Sarawak X-tive 2022 di Gedong, Simunjan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSekatan COVID-19 tamat, mudahkan umat Islam ke Tanah Suci
Next articleSudahlah projek lewat, terpaksa rayu kepada kontraktor untuk percepatkan projek
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here