Tempatan

MOT Sarawak gesa tambah penerbangan setiap kali musim perayan dan hari kebesaran termasuk cuti sekolah

SIBU: Kementerian Pengangkutan (MOT) Sarawak telah mengadakan perjumpaan dan menggesa pelbagai syarikat penerbangan menambah bilangan penerbangan ke negeri ini pada setiap musim perayaan.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahan bilangan Penerbangan bukan hanya melibatkan perayaan Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga perayaan-perayaan lain termasuk hari kebesaran dan cuti sekolah.

“Kita telah berbincang dengan pelbagai syarikat penerbangan untuk menambah bilangan penerbangan ke Sarawak.

“Bukan sahaja untuk Hari Raya, tetapi juga semasa cuti sekolah dan perayaan hari kebesaran yang lain seperti Gawai dan Krismas,” katanya ketika menjawab soalan media berhubung sama ada jumlah penerbangan mencukupi untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Penumpang Sibu pada Selasa. 

Sementara itu, Lee menggesa semua pengusaha bot laju agar mengutamakan keselamatan semua penumpang. 

Tegasnya, semua penumpang mesti menggunakan jaket keselamatan seperti mana yang termaktub dalam peraturan. 

“Semua operator bot mesti mengambil perhatian serius terhadap keselamatan penumpang,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *