Tempatan

MPKS sambut baik pembukaan hotel di Kota Samarahan

KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menyambut baik pembukaan Hotel Roxy di Pusat Komersial Aiman 2 yang terletak di Kota Samarahan.

Pengerusinya, Dato Peter Minos berkata pembukaan hotel tersebut telah melengkapkan lagi fasiliti yang ada di pusat komersial tersebut dan Kota Samarahan amnya.

“MPKS berterima kasih kepada Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd di atas pembukaan hotel ini dengan 48 buah bilik disediakan dengan standard lebih daripada hotel bajet.

“Pembukaan hotel ini sudah pasti dapat menampung keperluan bagi kemudahan penginapan di Kota Samarahan terutama semasa majlis konvokesyen di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Setiap tahun dua universiti ini akan mengadakan majlis konvokesyen dan hotel ini pasti membantu ibu bapa dan ahli keluarga para graduan yang memerlukan perkhidmatan penginapan,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis. 

Tambah Minos lagi, kemudahan bilik hotel ini adalah sangat diperlukan pada masa akan datang di Kota Samarahan dengan melihat kepada pertumbuhan pesat perniagaan dan projek kerajaan di kawasan ini.

Misalnya, berhampiran Hotel Roxy terdapatnya medan selera yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga sangat berpatutan bagi para pengunjung terutama penuntut UNIMAS dan UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *