Menarik Musim ‘bubuk’ di Miri kini kembali

Musim ‘bubuk’ di Miri kini kembali

5

MIRI: Musim bubuk atau udang halus kini mula melanda Miri. 

Susulan itu, pasar ikan di Batu Satu Kuala Baram kini menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan bubuk bagi tujuan hidangan makanan atau membuat makanan sampingan seperti belacan dan cencaluk. 

Bubuk ini turut dijual diokasi pasar ikan seperti Kampung Batu Satu Kuala Baram, Kampung Piasau Utara, Kampung Luak dan Kampung Kuala Bakam menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat bagi membeli hasil bubuk yang diperoleh nelayan.

Bubuk ini dujual pada harga RM6 hingga RM8 sekilo bergantung kepada kualitinya. 

Menurut penduduk, bubuk yang diperoleh di Miri mempunyai kualiti terbaik untuk menghasilkan belacan, air belacan, sate bubok, keropok bubok, kerepek bubok, cencaluk bubok, rempeyek bubuk, seaweed bubuk, bubuk kering, udang kering, semuan kering dan perkasam semuan yang berkualiti. 

Menjadi kebiasaan, musim bubuk ini tidak panjang dan hanya bertahan selama tiga atau empat minggu bergantung kepada cuaca semasa. 

Disebabkan itulah, permintaan bubuk Miri setiap kali tiba musimnya mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja dari Miri, tetapi di seluruh Sarawak. 

Previous articleMasjid baru Kampung Gumpey diluluskan pembinaannya
Next articleRadio masih relevan sebagai penyampai maklumat sahih
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here