Tempatan

Muzium Budaya Borneo akan mula pelawat secara ‘walk-in’ mulai 1 Julai

KUCHING: Muzium Budaya Borneo akan menerima sepenuhnya pengunjung yang datang secara ‘walk-in’ bermula 1 Julai ini.

Dalam notis operasinya yang dipertingkatkan hari ini, muzium itu berkata tempahan untuk lawatan tidak lagi diperlukan.

Di samping itu, kemasukan masih lagi percuma sehingga diberitahu kelak.

Untuk tempahan lawatan berpandu minimum 15 orang untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan kerajaan, sekolah dan syarikat dengan sebarang pertanyaan boleh diajukan ke bcm@sarawak.gov.my.

Muzium Budaya Borneo merupakan muzium kedua terbesar di Asia Tenggara yang berkeluasan 6,726 meter persegi ruang pameran dan mula beroperasi pada Mac tahun ini.

Muzium ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4.45 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan kemasukan terakhir pada pukul 4 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *