Tempatan

Naik taraf bilik MRI Hospital Sibu mulai tahun depan

KUCHING: Kerja menaik taraf bilik mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) Hospital Sibu akan bermula awal tahun depan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian.

Beliau memberitahu, ia dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

“Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan sebanyak RM1,208,018 untuk menaik taraf bilik mesin MRI pada 25 Oktober 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian cek sumbangan daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di sini pada Jumaat.

Sim memberitahu, PETROS telah menyerahkan sumbangan RM300,000 kepada Yayasan Jantung Sarawak bagi menambah dana untuk mesin MRI bagi Hospital Sibu yang menelan kos sebanyak RM2.02 juta.

Menurut beliau, dana yang terkumpul setakat 1 Disember 2023 adalah berjumlah RM2.04 juta.

Justeru katanya, dengan sumbangan darioada PETROS itu, ia menyelesaikan masalah kekurangan dana berjumlah RM30,000.

Tanbah beliau, lebihan sumbangan itu akan digunakan untuk penyimpanan dan pemasangan mesin.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjelaskan, mesin MRI yang sedia ada di Hospital Sibu kini berada dalam keadaan uzur dan tidak dapat digunakan.

Menurutnya, dengan adanya mesin baharu, ia akan dapat menangani keperluan segera Hospital Sibu dalam menyediakan rawatan MRI kepada pesakit di seluruh wilayah tengah Sarawak yang merangkumi bahagian Mukah, Sarikei dan Kapit.

Sumber: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *