KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Matang Baru Fasa Kedua sepanjang 4.4 kilometer bermula dari Jalan Matang Jaya sehingga Jalan Batu Kawa kini sedang giat dilaksanakan.
Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Ir Aidel Lariwoo, projek tersebut kini telah mencapai kemajuan 4.72 peratus.
“Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2025,” katanya semasa melakukan lawatan kerja ke tapak projek di sini pada Isnin.
Aidel juga memberitahu, projek naik taraf tersebut menelan kos berjumlah RM54 juta.
Foto: UKAS
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/