Menarik New York dan Singapura berkongsi tangga teratas bandar paling mahal di dunia

New York dan Singapura berkongsi tangga teratas bandar paling mahal di dunia

4

LONDON: New York dan Singapura berkongsi tangga teratas dalam senarai bandar paling mahal di dunia untuk didiami selepas inflasi meningkat tahun ini, menurut sebuah tinjauan tahunan.

Kedua-dua bandar itu mengatasi Tel Aviv, bandar paling mahal di dunia tahun lalu, yang jatuh ke tangga ketiga tahun ini.

Demikian menurut Indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan The Economist (EIU) yang berpangkalan di London.

Tinjauan tersebut mendedahkan kos sara hidup di bandar terbesar di dunia melambung tinggi akibat perang di Ukraine dan gangguan pada rantaian bekalan, khususnya bagi tenaga serta makanan serta sekatan akibat pandemik COVID-19.

New York menduduki tempat teratas buat kali pertama manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai antara bandar paling murah untuk didiami.

Peningkatan kos sara hidup secara purata 8.1 peratus di 172 bandar utama dunia yang diliputi dalam tinjauan EIU, yang dijalankan antara Ogos hingga September lalu.

Tinjauan tersebut juga menunjukkan kesan dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh pada ranking bandar di seluruh dunia.

Mata wang AS melonjak tahun ini apabila Bank Simpanan Federal menaikkan kadar faedah dengan jumlah yang besar dalam usaha untuk mengawal inflasi yang mencapai paras tinggi buat beberapa dekad lamanya.

Selain New York, Los Angeles dan San Francisco juga naik tangga untuk menjadi antara 10 bandar paling mahal didiami di seluruh dunia.

Moscow dan Saint Petersburg di Russia masing-masing naik 88 dan 70 tangga akibat harga melambung di tengah-tengah sekatan negara Barat serta pasaran tenaga yang didorong oleh matawang Rouble.

Upasana Dutt, yang mengetuai penyelidikan itu, berkata “perang di Ukraine, sekatan Barat ke atas Russia dan dasar sifar COVID-19 China menyebabkan masalah rantaian bekalan yang digabungkan dengan kenaikan kadar faedah dan peralihan kadar pertukaran, selali gus mengakibatkan krisis kehidupan di seluruh dunia.

“Kita dapat melihat dengan jelas impak dalam indeks tahun ini, dengan purata kenaikan harga di 172 bandar dalam tinjauan kita juga adalah yang paling kukuh yang lihat dalam tempoh 20 tahun di mana kita mempunyai data digital,” katanya.- AFP

Previous articleHanya kerana hon kereta, lelalki bertindak memukul & ugut pengguna jalan raya direman 4 hari
Next article6 sahabat yang juga graduan UiTM kongsi kegembiraan rangkul Anugerah Naib Canselor
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here