Nasional Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita

Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita

4

SHAH ALAM: Seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia ialah lelaki, manakala 47.7 peratus ialah wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Putrajaya, di mana 100 wanita bersamaan dengan 96 lelaki.

“Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik

Cina (23.2 peratus), India (6.7 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Previous articleBedung bayi diiktiraf sains, jangan abai amalan tradisi ini
Next articleSelamat Menyambut Chap Goh Meh 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here