Dunia Nombor plat Piala Dunia dijual dengan harga AS500,000 di Qatar

Nombor plat Piala Dunia dijual dengan harga AS500,000 di Qatar

9

DOHA: Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000) bersamaan RM2.19 juta, lapor Sputnik.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat “333355” dijual dengan harga 200 juta riyal (AS$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian. -BERNAMA

Previous articleMesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam – Datuk Sri Alexander
Next articleSepatutnya prestasi Harimau Malaya lebih baik menentang Brunei
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here