Dunia Novel kulit keras edisi pertama Harry Potter bakal dilelong RM1.09 juta

Novel kulit keras edisi pertama Harry Potter bakal dilelong RM1.09 juta

5

LONDON: Edisi pertama novel fiksyen terkemuka, Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang lengkap ditandatangani oleh penulisnya, J.K. Rowling bakal dilelong pada bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Edisi pertama yang hanya dicetak sebanyak 200 salinan di seluruh dunia itu dijangka dilelong pada harga permulaan £200,000 (RM1.09 juta).

Lelongan tersebut akan diadakan di firma guaman Christie’s London yang hanya terbuka kepada pembida jemputan.

Buku itu adalah karya asal yang masih mempunyai beberapa kesilapan asal sebelum ia dibetulkan untuk edisi seterusnya.

Ia akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada Seni Kesusasteraan: Pameran Pinjaman dan Jualan dengan buku dipamerkan kepada orang ramai sebelum dijual.

Hanya 500 naskhah kulit keras novel Harry Potter siri pertama telah dicetak dalam jualan awal pada 26 Jun 1997. – Agensi

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleEkosistem lengkap perlu untuk lahirkan jaguh muaythai
Next article1,000 veteran ATM seluruh negara berhimpun suarakan tuntutan bela kebajikan mereka
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here