Tempatan

Nyonya Kitchen By Sonia tawar 20 menu makanan untuk buka puasa, warga emas tidak dikenakan bayaran

KUCHING: Nyonya Kitchen By Sonia menawarkan bufet makan malam sempena bulan Ramadan ini dengan lebih 20 jenis hidangan bermula 11 Mac hingga 7 April 2024.

Pelanggan bakal dihidangkan sebanyak 22 pilihan makanan tradisi masakan Nyonya seperti sate ayam, kari ayam, nasi lemak, mi siam udang, ketam bunga masak lemak, hidangan pencuci mulut dan banyak lagi.

Semua hidangan berkenaan boleh dinikmati bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

Pakej bufet Ramadan ini menawarkan harga yang sangat berbaloi untuk pengunjung iaitu RM59 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan menariknya golongan warga emas tidak dikenakan sebarang bayaran.

Untuk tempahan awal, Nyonya Kitchen By Sonia menawarkan harga RM50 untuk orang dewasa.

Pengunjung boleh membuat tempahan untuk berbuka di Nyonya Kitchen By Sonia dengan menghubungi talian 018-9895656 atau terus ke Facebook Nyonya Kitchen By Sonia.

Lokasi Nyonya Kitchen By Sonia: Sublot 15,16, 17, Jalan Datuk Tawi Sli, The 3rd Exchange Commercial Centre, 93250 Kuching, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *