Tempatan Omicron varian tunggal dominan di Sarawak

Omicron varian tunggal dominan di Sarawak

2

KUCHING: Varian Covid-19 Omicron disahkan menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Unimas, Dr David Perera berkata, kes positif Omicron dikenal pasti di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Sebanyak 77 sampel kes positif diproses dari 20 Januari hingga 6 Februari lalu dan 100 peratus dikenal pasti sebagai varian Omicron.

“Ini membuktikan bahawa Omicron menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di negeri ini,” katanya menerusi laporan terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Jumaat.

Tambahnya, daripada sampel Omicron yang diproses, 71 dikenal pasti sebagai BA.1.1 dan tiga BA.1, manakala tiga lagi BA.2 yang mudah berjangkit yang dikesan di Sibu, Miri dan Kuching.

“Sementara kes import positif yang lain dikesan dari Selangor, Johor dan Pahang,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi meningkatkan tahap peneutralan antibodi yang menurun bagi melindungi diri daripada jangkitan Omicron.

Malah, Ibu bapa juga digesa mendapatkan vaksin anak-anak berusia lima hingga 11 tahun dengan segera bagi mengelakkan berlakunya mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti.

“Orang ramai turut diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dengan ketat dan mengelakkan perhimpunan komuniti jika boleh untuk mencegah penularan lanjut,” tegasnya.

Pada minggu lepas, Dr David dalam laporannya memberitahu, Omicron menggantikan Delta sebagai varian paling dominan di Sarawak dengan kadar pengesanan sebanyak 78 peratus.

Ketika itu, sebanyak 45 varian Omicron dikesan manakala 13 lagi varian Delta VoG hasil sampel yang diambil di Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleHarga simen di pasaran Sarawak naik 10 peratus berkuatkuasa 17 Februari ini
Next articleDatuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari Ketuai Angkat Sumpah ADUN Sarawak Pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here