Tempatan Op Selamat: 56 lokasi dikenal pasti kawasan panas, PDRM siap siaga

Op Selamat: 56 lokasi dikenal pasti kawasan panas, PDRM siap siaga

10

KUCHING: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak akan memberi tumpuan ke atas 56 lokasi di 28 daerah dikenal pasti sebagai kawasan panas pada Ops Selamat 18 yang bermula 27 April hingga 8 Mei ini. 

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri, langkah mengenal pasti lokasi-lokasi ini adalah untuk memastikan orang awam mengharungi perjalanan balik kampung dengan selamat.

Ujarnya, ini termasuklah 36 jalan raya Persekutuan dan selebihnya jalan negeri. 

Katanya, semasa merasmikan Ops Selamat 18 di Boulevard, Kuching pada Khamis. 

Turut sama hadir Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato Mancha Ata dan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John.

Ujar Dato Mohd Azman lagi, sejumlah 750 anggota daripada pelbagai jabatan akan terlibat dalam Ops Selamat 18 yang bukan hanya menumpukan kepada keselamatan atas jalan raya akan tetapi jenayah indeks lain termasuk pecah rumah dan kecurian semasa Aidilfitri.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya atau trafik.

Difahamkan 56 lokasi `hotspots’ adalah Kuching (3), Padawan (2), Bau (3), Lundu (1), Sri Aman (2), Lubok Antu (2), Saratok (2), Betong (3), Sarikei (2), Meradong (2), Julau (1), Kanowit (2), Sibu (2), Mukah (2), Dalat (2), Daro (1), Kapit (2), Song (1), Belaga (2), Bintulu (3), Tatau (1), Miri (4), Marudi (2), Limbang (1), Lawas (2), Kota Samarahan (3), Serian (1), dan Simunjan (2).

Operasi ini akan melibatkan 28 ibu pejabat polis daerah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mengadakan rondaan di kawasan `hotspots’ melibatkan 36 jalan raya persekutuan dan 20 jalan raya negeri tersebut.

Mengenai penjagaan harta benda penduduk, Dato Mohd Azman menyarankan pemilik rumah memaklumkan kepada pihak polis apabila mereka meninggalkan rumah masing-masing.

Mereka juga boleh memberitahu jiran atau ahli keluarga untuk melihat atau menjaga rumah sebagai langkah berjaga-jaga dan pihak polis juga akan membuat rondaan lebih kerap di kawasan itu.

Beliau juga memberitahu pemilik rumah juga boleh mengisi borang di balai polis berdekatan atau muat naik `Volunteer Smartphone Patrol’ untuk memaklumkan polis  meronda di kawasan mereka.

Previous articleMulai 1 Mei ini kehadiran murid-murid ke sekolah dan institusi di bawah KPM adalah diwajibkan
Next articlePM hadiri majlis pengkebumian Allahyarham Ahmad Ritauddeen 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here