Tempatan

Operasi SAR hari ke-5, kanak-kanak 18 bulan yang dikhuatiri lemas di sungai Kanowit masih belum dijumpai

KANOWIT: Pencarian seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan yang hilang di sungai Kanowit masih gagal ditemui hari ini yang memasuki hari kelima.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan dan disambung keesokan hari.

“Setakat jam 5:00 petang ini, kanak-kanak yang dikhuatiri hilang/lemas masih gagal ditemui.

“Memandangkan keadaan cuaca semakin gelap dan tiada petunjuk baru, operasi SAR hari kelima ditangguhkan pada jam 5:05 petang dan akan disambung keesokan hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi SAR pada hari ini telah dijalankan dengan mencari di sepanjang hilir sungai dalam radius 15 kilometer dari lokasi kejadian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.

Pada 25 Feb lepas, SAR diaktifkan setelah mangsa yang dikenali sebagai Batrick Giling Bunau dilaporkan dilaporkan hilang, dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

Dua orang saksi kejadian yang berada di tebing sungai ketika itu yang sedang membuat kerja harian ternampak mangsa tergelincir di tebing sungai dan berlari ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa, namun tidak berjaya.

Menurut saksi, semasa kejadian, ibu bapa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja mengenjin padi yang mana mereka tidak perasan akan keberadaan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *