Tempatan

Ops Penguatkuasaan Kenderaan Berat: 30 kenderaan diperiksa, 8 saman dikeluarkan

SELANGAU: Operasi Penguatkuasaan kenderaan berat yang menyebabkan halangan lalu lintas telah dijalankan di kawasan Selangau bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang semalam.

Ketua Polis Mukah DSP Muhamad Rizal Alias mendedahkan, sebanyak 30 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi di Jalan Pan Borneo dan Pekan Selangau itu.

Beliau berkata, saman juga telah dikeluarkan terhadap kenderaan berat yang pakir di lokasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain serta tidak mengikut isyarat lalu lintas.

“Lapan saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan berat yang dipakir di lokasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Saman juga dikeluarkan terhadap kenderaan berat yang tidak mengikut isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan Lalu Lintas 1958,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rizal, operasi berkenaan melibatkan empat anggota Bahagian Siasatan Polis Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Mukah dan Balai Polis Selangau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *