Dunia Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe

7

TOKYO: Orang ramai dilihat beratur panjang di luar Kuil Zojoji di sini pada Selasa bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.

Upacara yang berlangsung ketika ini bagaimanapun dipercayai hanya terbuka kepada kalangan pemimpin dan orang kenamaan.

Kerajaan Jepun dijangka mengadakan upacara memperingati mendiang yang terbuka kepada umum pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Selesai upacara di kuil tersebut, jasad Abe dijangka dibawa menaiki kereta ke seluruh Tokyo yang dipenuhi dengan reben hitam serta bendera Jepun.

Kereta mayat akan mengelilingi Nagatacho di mana terletak beberapa mercu tanda kerajaan seperti bangunan parlimen pertama mendiang memasuki sebagai ahli politik pada tahun 1993.

Ia juga merupakan pejabat Abe sebagai perdana menteri dari tahun 2012 hingga 2020.

Abe, 67, ditembak dari belakang ketika sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya di Nara.

Mendiang dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter susulan kejadian namun disahkan meninggal dunia.

Previous article4 beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler
Next articleCristiano Ronaldo tidak akan dijual
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here