Nasional Orang ramai boleh melakukan semakan pengeluaran khas KWSP mulai 9 April ini

Orang ramai boleh melakukan semakan pengeluaran khas KWSP mulai 9 April ini

9

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh mula melakukan semakan bagi permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ mulai 9 April ini.

KWSP menerusi satu kenyataan memaklumkan, proses untuk menyemak status permohonan berkenaan boleh disemak melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Dalam pada itu, KWSP turut memaklumkan bahawa pemohon juga tidak perlu untuk mengakses i-Akaun mahupun mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut.

Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19 pada 16 Mac lalu.

KWSP memaklumkan, bayaran bagi pengeluaran khas akan dibuat secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Previous articleSukar kawal harga makanan yang sudah dimasak – PM
Next articleSemua inisiatif di bawah KPWKKK dikaji semula bagi tujuan penambahbaikan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here