Sukan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil bertaraf ‘cap ayam’

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil bertaraf ‘cap ayam’

13

KUALA LUMPUR: Majoriti netizen bersetuju apabila menyatakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai bertaraf ‘cap ayam’ dan memalukan Malaysia.

Menerusi hantaran di BH Online yang bertanyakan pandangan pengguna media sosial mengenai padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi Malaysia menentang Bahrain malam tadi, kebanyakan komen memberi persepsi negatif.

Syed Rosli berkata ‘padang dah macam kem bom dengan Israel’ sementara Mei Dar berkata ‘boleh buat sawah padi jika tiada game selepas ini sebab mampu menakung air untuk padi membesar.’

Alif Azali berkata ‘benda dah biasa dari kecik main bola kat tempat kerbau berkubang jadi takdelah marah sangat’ manakala komen daripada Muhd Sabri Abdullah berkata ‘bangga sebab tak pernah orang dalam dunia sodok air keluar dari padang guna penyodok.’

Antara komen lain termasuklah ‘padang ranking 154 dunia macam tu lah’ daripada Kamaruddin Selamat sementara Aim Livi berkata ‘dah macam kandang babi.’

Terdahulu, BH Sukan melaporkan hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang semalam menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Situasi itu memaksa petugas stadium terpaksa menolak air secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kad putih bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Malah, petugas stadium masih giat menolak air ketika jam menghampiri 8.40 malam, hanya 20 minit sebelum perlawanan berlangsung.-BERITA HARIAN

Previous articlePemuda maut selepas kereta Porsche dipandunya terbabas
Next articlePetinju Sarawak, Daeloniel lakar kejayaan pada kejohanan pro di Pakistan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here