Menarik

Pakar virus China meninggal dunia

BEIJING, China: Seorang pakar virus terulung di China, Wu Zunyou, 60 tahun, meninggal dunia hari ini, selepas banyak membantu urusan kesihatan negaranya berdepan pandemik COVID-19.

Menurut badan kawalan penyakit tertinggi Beijing, Wu antara individu yang menyokong dasar sifar COVID yang dilancar China, yang kemudiannya dasar itu berakhir dengan huru-hara.

Memetik sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, punca kematian Wu adalah kanser pankreas.

“Wu meninggal dunia pada Jumaat di Beijing selepas rawatan perubatan untuk penyakitnya tidak berjaya,” jelas CDC China dalam obituari di laman webnya.

“Sebagai menghormati kehendak si mati untuk upacara pengebumian yang sederhana, tiada perpisahan (orang ramai) akan dilakukan,” kata obituari itu

Wu Zunyou kerap muncul di khalayak ramai untuk mewajarkan perintah berkurung, pelaksanaan ujian COVID-19 berskala besar dan tempoh kuarantin yang panjang.

Langkah yang dilaksana pada mulanya dilihat berjaya namun tidak konsisten selepas ditekan dengan penemuan varian baharu COVID-19 yang merebak dengan pantas di China.

Prosedur itu turut memberi kesan pemerintahan Presiden Xi Jinping apabila rakyat mula protes dan mengakibatkan jangkitan di seluruh negara.- AFP

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News. 

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022   

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/   

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/   

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news   

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com?_t=8gnGtBJwRWS&_r=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *