Nasional Panel bebas siasat, semak laporan KKM berkenaan kematian Revnesh Kumar & kes-kes...

Panel bebas siasat, semak laporan KKM berkenaan kematian Revnesh Kumar & kes-kes AEFI – KJ

10

KUALA LUMPUR: Sebuah panel bebas dianggotai pakar-pakar luar Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menyemak laporan disediakan kementerian berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan demikian dalam ciapan di Twitternya hari ini.

“Kes kematian Revnesh Kumar & juga kes-kes AEFI serius yang lain akan dirujuk kepada sebuah panel bebas yang terdiri dari pakar luar (bukan pakar @KKMPutrajaya) untuk siasat & semak laporan yang disediakan KKM,”ciapnya.

AEFI merujuk kepada kesan advers susulan imunisasi.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang meminta satu badan bebas ditubuhkan berikutan kematian remaja itu selepas 18 hari mendapat vaksinasi.

Menerusi ciapan Twitter, Santiago meminta langkah tambahan terhadap laporan bedah siasat itu perlu dilakukan, sekali gus dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa.

Pada 9 Mac, doktor mengesahkan bahawa kematian Revnesh tidak berkaitan vaksin COVID-19. Dia dikatakan muntah dan rebah dalam perjalanan ke kelas karate pada 16 Januari dan dibawa ke Hospital Kajang sebelum disahkan meninggal dunia.-BHARIAN

Previous articleKWSP tidak pernah lantik pihak ketiga uruskan Pengeluaran Khas RM10,000
Next articleKorea Selatan rekod lebih 600,000 kes COVID-19
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here