Nasional Pasangan suami isteri dari Sarawak meninggal dunia di Cameron Highland selamat dikebumikan

Pasangan suami isteri dari Sarawak meninggal dunia di Cameron Highland selamat dikebumikan

48

KUCHING: Pasangan suami isteri dari Sarawak yang meninggal dunia di Cameron Highland selamat dikebumikan di Shah Alam Selangor pada Isnin.

Mendiang Ronwina Mambai dan suaminya mendiang Damian selamat dikebumikan pada 13 Mac 2022 di Tanah Perkuburan Kristian MBSA Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada jam 5:30 petang.

Seramai lebih kurang 100 orang termasuk abang mendiang Ronwina, E.Robert yang datang dari Sarawak, keluarga terdekat, sahabat dan wakil daripada Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS).

Upacara pengkebumian tersebut telah berjalan lancar hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk ABS, Rumah Sarawak, Gereja Katolik Divine Mercy Shah Alam, Majlis Perbandaran Shah Alam dan Kristel Funeral Services.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan memikirkan proses membawa balik anak-anak mendiang ke Sarawak yang akan dijaga abang mendiang Ronwina iaitu Robert.

“Kagum dengan semangat Kerjasama dan tolong menolong anak Sarawak di perantauan dalam menghadapi musibah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan upacara pengkebumian tersebut dan memberikan sumbangan kewangan kepada keluarga mendiang.

Hadir sama Timbalan Menteri II Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak Mohamad Razi Sitam, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad dan wakil Rumah Sarawak Awang Sufian. -SN

Previous article3 adik beradik kehilangan bapa dan ibu akibat renjatan elektrik dibawa pulang ke Sarawak
Next articlePengawal kelab malam disyaki membunuh Bill Kayong dihukum mati
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here