Nasional Pasukan Bomba wira kebanggaan negara – PM Ismail

Pasukan Bomba wira kebanggaan negara – PM Ismail

15

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia.

Beliau menyifatkan pasukan tersebut sebagai wira kebanggaan negara dan barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira waktu untuk membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan.

“Siap siaga pada setiap bencana, marak api mereka tawan, untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia demi tugas yang diamanahkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, sempena Hari Anggota Bomba Sedunia.

“Terima kasih kepada anggota bomba dan penyelamat negara. Selamat Hari Bomba Sedunia, Bomba barisan hadapan Keluarga Malaysia,” tambahnya.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun dan tema pada tahun ini ialah ‘Bomba Frontliners Keluarga Malaysia’.-BERNAMA

 

Previous articleIsu guru kontrak perkhidmatan ambilan Jun 2020 tamat Jun ini diambil tindakan segera
Next articleLelaki terima zakar baharu selepas 6 tahun tergantung pada lengan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here