Nasional

PDRM sahkan rakam percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timor berhubung tafsir ayat Al-Quran

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee Chuan How berkaitan dengan kenyataan yang didakwa menghina agama Islam melalui tafsiran Surah An-Nisa’ ayat 59.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia telah dijalankan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 26 September 2023, jam 3.00 petang, di Ipoh, Perak.

“Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shuhaily menambah, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara mengikut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, PDRM juga menggesa orang ramai untuk menggunakan media sosial secara bijak dan mematuhi undang-undang terutama sekali berkaitan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak melanggar undang-undang yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” ujarnya.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *