Tempatan Pegawai kanan polis cedera bertembung dengan ambulans

Pegawai kanan polis cedera bertembung dengan ambulans

9

KUCHING: Seorang pegawai kanan polis cedera setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah ambulans yang membawa pesakit dalam kemalangan jalan raya di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Bingkok John dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan sekitar jam 11.35 pagi.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu wanita berusia 45 tahun itu bergerak lurus dari Jalan Green menuju ke Batu Lintang.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah ambulans yang bergerak dari Sri Aman menghala ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menghantar seorang pesakit,” katanya.

Jelas Bingkok lagi, akibat kemalangan itu, pemandu kereta itu mengalami kecederaan luka di tangan kanan dan sakit di bahagian dada.

“Mangsa telah dihantar ke HUS untuk menerima rawatan lanjut.

“Ketika kejadian mangsa hanya seorang diri dalam kereta, manakala terdapat lima individu di dalam ambulans,” jelasnya.

Bagaimanapun, kesemua individu di dalam ambulans itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan.

Previous articleAmber Heard tidak dapat bayar pampasan terhadap bekas suaminya
Next articleRamai guru lebih bersetuju peperiksaan awam berbanding PBS
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here