Tempatan

Pehin Sri Taib semakin sihat, kembali ke Sarawak Ogos ini

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud masih berada di Turki dan beliau berada dalam keadaan yang baik.

Menerusi perkongsian InstaStory oleh isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib pada Ahad, pasangan suami isteri itu kelihatan seperti berada di sebuah kafe.

Dalam perkongsian itu juga, kedengaran suara latar Ragad yang menyapa suami dan pengikut-pengikutnya.

Happy Sunday to everyone. Hello Tun. Hello husband… I love you. We all love you. Long live Insya-Allah,” ucap Ragad.

Menurut sumber Astro Awani, Abdul Taib dan Ragad akan kembali ke tanah air selewat-lewatnya pada 15 Ogos ini.

Selain bercuti, Abdul Taib juga menjalani prosedur pembedahan ringan bagi membaiki ususnya, yang pernah dijangkiti barah sebelum ini.

Terdahulu, Astana Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 Ogos lalu memberitahu berharap rakyat Sarawak bersabar dan tidak mudah terdedah dengan berita tidak benar mengenai kesihatan TYT Sarawak. 

Ini selepas tular di media sosial mengenai keadaan kesihatan Tun Pehin Sri yang tidak benar dan palsu. 

“Astana Negeri Sarawak berharap agar rakyat sentiasa bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita atau spekulasi yang tidak sahih mengenai tahap kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud,” kata Astana Negeri Sarawak.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *