Tempatan Pelabuhan baik, cekap pacu Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030

Pelabuhan baik, cekap pacu Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030

7
Serawa menerangkan kepada Uggah dan tetamu lain mengenai kemudahan Pelabuhan Miri di atas kapal ketika belayar ke Terminal Pertukaran Krew untuk upacara pembukaan.

MIRI: Pelabuhan yang baik dan cekap adalah penting untuk menjayakan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, demikian menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, prasarana tersebut mampu menjadi pemangkin pertumbuhan, peningkatan pelaburan untuk menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Terminal Pertukaran Krew Lembaga Pelabuhan Miri di Pulau Melayu di sini pada Ahad.

Katanya, projek bernilai RM13 juta itu adalah untuk memenuhi keperluan logistik kru dan bekalan dalam industri minyak dan gas.

Selain itu katanya, ia juga menawarkan kemudahan dermaga, perkhidmatan bekalan air tawar dan aktiviti ‘bunkering’.

Menurut Datuk Amar Douglas lagi, pelabuhan yang cekap juga boleh menyediakan kemudahan untuk menghantar produk negeri ke luar negara.

“Kami memerlukan semua infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan dan bekalan kuasa yang bertaraf dunia untuk dapat menarik lebih ramai pelabur.

“Pelabur tidak akan datang jika infrastruktur kita termasuk pelabuhan tidak memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru pengurusan pelabuhan supaya kreatif, inovatif dan terus mengguna pakai aplikasi digital bagi meningkatkan kecekapan dalam operasi mereka.

Sementara itu, Datuk Amar Douglas menyifatkan terminal itu sebagai ‘game changer’ untuk Pelabuhan Miri apabila ia menghadapi masa yang sangat mencabar akibat kekurangan penggunaan dermaga dan kemudahan lain berikutan laluan cetek Sungai Baram berhampirannya.

Beliau berkata terminal itu diunjurkan mampu menjana pendapatan tidak kurang RM10 juta setahun kepada Pelabuhan Miri.

Tambah beliau, dengan Miri sebagai pusat industri minyak dan gas negeri, Pelabuhan Miri harus memanfaatkan kelebihan ini untuk menyediakan kemudahan menjana pendapatan dan perniagaan.

“Saya rasa inilah yang dilakukan oleh pengurusan Pelabuhan Miri.

“Saya mesti mengucapkan tahniah kepada pengurusan di bawah pimpinan Pengurus Besar, Serawa Budol atas kerja yang dilakukan dengan baik.

“Saya juga berharap syarikat minyak yang beroperasi di sini seperti Petronas Carigali, Nipping, Shell, Sandra, Dayang Enterprise dan lain-lain terus memberi sokongan penuh kepada pelabuhan,” tambah beliau.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi; Setiausaha Tetap kementerian Datu Safri Zainudin Satem, Setiausaha Kewangan Negeri, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Serawa. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSarawak rangkul 9 pingat pada Kejohanan Muaythai Elit Senior dan Junior Peringkat Kebangsaan
Next articleKPM gariskan 7 inisiatif utama tangani isu beg berat murid
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here