Tempatan Pelajar 17 tahun maut, empat cedera kereta terbabas

Pelajar 17 tahun maut, empat cedera kereta terbabas

53

KUCHING: Seorang pelajar maut sementara empat lagi cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Datuk Bandar Mustapha, di sini, hari ini.

Mangsa, lelaki berumur 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7.10 pagi berhubung kemalangan membabit sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan dipercayai apabila kenderaan yang bergerak dari arah bulatan BDC menuju ke arah persimpangan lampu isyarat Stephen Yong telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah kecuaian dengan kenderaan disyaki dipandu laju.

“Kesemua penumpang terdiri daripada lelaki dan perempuan berumur antara 17 hingga 20 tahun mengalami kecederaan di kepala, tangan, belakang badan dan dada.

“Mereka telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SUARA SARAWAK

Previous articlePenulisan berkaitan keunikan dan keindahan bahasa serta etnik di Sarawak melayakkan Alyssa Yap Xin Yi dipilih memasuki Universiti Harvard
Next articleLAKMNS: Elak jadi mangsa tipu perkhidmatan pembersihan batu nisan palsu
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here