KUCHING: Pelajar Sarawak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini akan diterima masuk ke universiti milik Kerajaan Sarawak sekiranya permohonan mereka ditolak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Ujar beliau lagi, seramai 596 pelajar Sarawak memperoleh keselurahan A, termasuk 12 prang pelajar A+ dalam semua mata pelajaran dalam SPM baru-baru ini.
“Saya berharap 596 pelajar ini akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya pada majlis pelancaran Ekspo Pendidikan Sarawak anjuran Yayasan Sarawak di sini pada Sabtu.
Jelas, Premeir Sarawak lagi, jika pelajar itu cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat baik tidak ada sebab untuk mereka mendapat tempat dalam universiti.
“Saya rasa tiada masalah untuk mendapatkan tempat. Jika anda tidak boleh memasuki universiti awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kerana kelayakan UPU, anda boleh memasuki universiti kami sendiri tanpa syarat,” katanya kepada pelajar.
UPU merujuk kepada Unit Pusat Universiti, sebuah agensi berpusat yang menyelaraskan pengambilan pelajar memasuki institut pengajian tinggi di negara ini.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan universiti yang dimiliki Kerajaan Sarawak itu terbuka kepada pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah menengah mereka.
Beliau turut menggesa mereka memohon pengajian di Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).
“Jika anda tidak mempunyai dana, Yayasan Sarawak akan menyediakan dermasiswa untuk anda,” katanya lagi.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata UTS milik Kerajaan Sarawak telah menambah bilangan pengambilan pelajar yang ibu bapanya tidak mampu membayar yuran universiti untuk anak mereka.
“Kita juga akan membantu pelajar bukan Bumiputera kerana kita memerlukan semua orang untuk mentransformasikan Sarawak. Selagi saya menjadi perdana menteri Sarawak, saya sentiasa adil kepada semua,” ujar beliau lagi.
Beliau menambah, kmKerajaan Sarawak juga akan menyediakan dana kepada Yayasan Sarawak untuk memberi dermasiswa kepada pelajar.
Dalam padaa itu, beliau turut menggesa pelajar mengambil disiplin yang relevan dengan perkembangan semasa di Sarawak seperti komputer, teknologi digital, keselamatan siber dan kejuruteraan.
“Sekiranya ramai pelajar yang mengambil disiplin sosial dan seni, kita akan menghadapi situasi di mana graduan tidak akan mendapat pekerjaan kerana ketiadaan peluang,” katanya.