Tempatan Pelajar di Pelagus ‘menangis’, jadi mangsa projek jalan sakit

Pelajar di Pelagus ‘menangis’, jadi mangsa projek jalan sakit

7

KUCHING: Meredah hutan, menaiki bot selama berjam-jam, menyeberangi jurang berbahaya dan bangun sebelum subuh.

Itu antara rutin harian sebahagian besar pelajar di DUN Pelagus demi untuk mendapatkan ilmu.

Malah tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, ada antara pelajar terpaksa bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk menaiki van dan melakukan perjalanan selama dua jam untuk ke sekolah.

“Semua ini berlaku disebabkan jalan raya yang teruk. Justeru, semua isu ini akan diselesaikan jika perhubungan jalan raya diperbaiki secepat mungkin terutama melibatkan projek-projek sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada persidangan DUN Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kenaikan kos bahan binaan sekurang-kurangnya 30 peratus atau lebih boleh menjejaskan pelaksanaan projek infrastruktur di Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.

Ujarnya, semua orang bercakap tentang membina jalan raya yang akan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi namun, faedah hiliran segera daripada infrastruktur yang dibina dengan baik ialah menerusi pendidikan.

“Justeru saya menggesa agar semua agensi kerajaan pelaksana dan pihak berkepentingan untuk mengetahui punca projek sakit di Sarawak dan melakukan tindakan segera bagi mengatasi masalah yang membelenggu masyarakat,” tegasnya. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleADUN Engkelili merayu pertimbangkan semula peruntukan kerajaan kepada wakil rakyat pembangkang
Next articleSarawak terokai peluang penghantaran tenaga elektrik ke Singapura
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here