KUCHING: Seorang pelajar maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Demak, kira-kira jam 2.45 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, insiden terbabit melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua buah kereta dan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh mangsa.
“Motosikal dipercayai melanggar bahagian belakang kereta.
“Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa (penunggang) kemudian terbabas lalu dilanggar oleh sebuah kereta yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SUARA SARAWAK