Tempatan Pelajar lepasan Kolej Vokasional punyai peluang cerah dapat pekerjaan selepas tamat pengajian

Pelajar lepasan Kolej Vokasional punyai peluang cerah dapat pekerjaan selepas tamat pengajian

10

KUCHING: Pelajar lepasan kolej vokasional di Sarawak mempunyai peluang cerah setelah menamatkan pengajian mereka pada masa depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, Kerajaan Sarawak menyasarkan 70 peratus graduan lepasan kolej vokasional mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

“Sebanyak 20 peratus pula disasar untuk melanjutkan pelajaran manakala 10 peratus lagi akan menjadi usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Mengulas lanjut, pelajar lepasan Kolej Vokasional boleh juga melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengikut jurusan masing-masing.

“Mereka yang memiliki Diploma Kolej Vokasional Malaysia dan Sikil Kemahiran Malaysia Tahap Ketiga boleh menyambung pengajian dalam kursus Pegawai Pelatih Vokasional (VTO).

“Selepas mendapat persijilan berkaitan, graduan terbabit mampu menjadi tenaga pengajar di mana-mana pusat kemahiran,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyeru pelajar-pelajar dari Daerah Kanowit yang berminat melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional di Sibu.

Jelasnya, Kolej Vokasional Sibu kini mempunyai jumlah tampungan sebanyak 680 pelajar.

Previous articleSeorang budak lelaki disambar buaya ketika mengambil air sungai di Kampung Nyabut
Next articleDaripada 9 tuntutan Sarawak, 4 selesai dan 5 lagi masih dalam rundingan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here