Tempatan Pelajar sekolah dijemput melawat ke Muzium Budaya Borneo

Pelajar sekolah dijemput melawat ke Muzium Budaya Borneo

12

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Jabatan Muzium Sarawak mempelawa pelajar sekolah di negeri ini untuk mengadakan lawatan ke Muzium Budaya Borneo yang baharu. 

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini merupakan salah satu cara untuk memupuk masyarakat khsususnya golongan muda mempelajari dan memahami sejarah termasuk sejarah Sarawak. 

“Kami akan membuat persiapan untuk ini, terutamanya sekolah rendah supaya mereka boleh datang ke muzium dan menghargai budaya kita. 

“Misalnya di Muzium British di United Kingdom (UK) apabila melihat pelajar beratur sebelum waktu pembukaan muzium bersama-sama guru sekolah. 

“Sebaik muzium dibuka, mereka semua bergerak masuk dengan guru mereka membimbing mereka,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Dato Sri Abdul Karim juga menegaskan rakyat perlu mengetahui dan menghargai budaya serta sejarah masa lampau dengan menghargai apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang dan pemimpin mereka terdahulu. 

Katanya, adalah penting untuk rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana negara mereka menjadi seperti sekarang dan menambah bahawa budaya dan sejarah boleh membina watak rakyat. 

“Rakyat di negeri ini harus menghargai usaha Kerajaan Sarawak untuk menonjolkan budaya yang menjadi warisan kita. 

“Justeru, kita harus berbangga dan memelihara perkara itu sebaik mungkin untuk generasi yang akan datang,” ujarnya. 

Muzium Budaya Borneo merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 4 Mac ini. 

Sementara, pada 9 Mac pula ianya akan dibuka kepada orang ramai.

Previous articleKerajaan disyor segera tambah kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah
Next articleRM510 juta digunakan untuk pembangunan projek bekalan air di Bahagian Betong
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here