KUCHING: Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, Muhammad Abal Hakim Abal Mukam yang mewakili Malaysia dalam Certiport’s Adobe Certified Professional World Championship di Orlando, Amerika Syarikat berjaya mendapat tempat 10 teratas Reka Bentuk Terbaik Dunia.
Muhammad Abal 19 tahun, yang berasal dari Kampung Gadong, Beaufort, Sabah memenangi tempat ketujuh daripada 44 peserta akhir dalam kejohanan berkenaan.
Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 28 Julai hingga 3 Ogos 2023 yang mana ia menghimpunkan semua juara serantau untuk bersaing.
Muhammad Abal akan tiba di Lapangan Terbang Kuching Antarabangsa (LTAK) pada 5 Ogos 2023 (Sabtu) jam 5:40 petang.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/