Dunia

Pelawak kontroversi kelahiran Singapura ‘dibuang’ keluarga

KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan tindakan melampau yang telah dilakukan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang menyindir Malaysia dalam persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu telah menyebabkan keluarganya ‘membuang’ Jocelyn.

Bapanya, Anthony Chia Whye Liang dalam ciapan di Twitter mengumumkan dia dan isterinya, Shirley tidak mengiktiraf Jocelyn sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia.

“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.

“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” katanya.

Pada Ahad lalu, seakan tidak serik, Jocelyn sekali lagi muncul dengan kontroversi kedua apabila mempersendakan tindakan Malaysia berhubung aksi biadap kumpulan muzik The 1975 ketika membuat persembahan di Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Dalam ciapan di Twitter, secara sinis beliau mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy yang diletakkan sebagai individu senarai hitam kerajaan Malaysia selain turut mempersoalkan Malaysia tidak mengarahkan Polis Antarabangsa (Interpol) menahan kumpulan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *