Tempatan

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Kuching Festival Fair 2023

KUCHING: Pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan penganjuran Kuching Festival Fair 2023 yang akan berlangsung bermula 28 Julai hingga 20 Ogos 2023.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, festival berkenaan yang diadakan di Dewan Masyarakat Padungan akan menempatkan sebanyak 285 gerai makanan untuk para pengunjung sepanjang penganjurannya.

Selain itu katanya, sebanyak 17 aktiviti lain juga akan dianjurkan seperti International Friendship Cities Night, perarakan jalanan 60 tahun Sarawak merdeka dan pelbagai lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini pada Rabu.

Wee juga memaklumkan, menariknya dalam program International Friendship Cities Night, pengunjung akan menyaksikan persembahan daripada empat bandar dari luar negara iaitu Guro dari Korea Selatan, Quanzhou dan Zhenjiang dari China dan bandar Asuka dari Jepun.

Beliau turut menambah, para pengunjung digalakan untuk membawa bekas makanan, botol minuman dan beg kitar semula sendiri selaras dengan inisiatif MBKS yang sedang menguatkuasakan dasar larangan plastik.

Foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *