Sukan

Pemain bola sepak kelab ternama Arab Saudi terima hadiah kereta Ferrari, jam tangan RM1.79 juta sempena Krismas

RIYADH: Kelab-kelab bola sepak ternama di Arab Saudi memberikan hadiah lumayan kepada pemain-pemain bintang mereka setiap kali tiba perayaan Krismas – sebagai tanda terima kasih.

Selain jam tangan berjenama bernilai mencecah 300,000 pound (RM1.79 juta), kelab Liga Pro Saudi turut memberikan kereta Ferrari SF90 Spider, Bugatti dan Lamborghini kepada pemain-pemain mereka.

Ketika Liga Pro Saudi semakin berkembang dan cuba menarik lebih ramai bintang Eropah ke negara Timur Tengah itu, pemilik-pemilik kelab akan cuba mengekalkan bintang sedia ada dan hadiah sempena musim perayaan adalah imbuhan terbaik buat pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Kelab-kelab turut menawarkan pakej percutian mewah ke Paris, London dan kepulauan Maldives kepada pemain serta kakitangan kelab.

“Untuk percutian ke Paris, mereka menawarkan percutian seminggu dengan bilik mencecah 15,000 pound (RM89,440) semalaman di Paris Four Seasons Hotel George V,” kata ejen yang bertanggungjawab menyediakan pakej percutian kepada kelab-kelab berkenaan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *