Tempatan Pemandu lori meninggal dunia dalam kemalangan di KM29 Jalan Kota Marahan-Sadong Jaya

Pemandu lori meninggal dunia dalam kemalangan di KM29 Jalan Kota Marahan-Sadong Jaya

22

KOTA SAMARAHAN: Seorang pemandu lori meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 29 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya pada Khamis. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa Phang Jan Loong, 54 tahun dari Batu 17, Siburan Jalan Kuching-Serian.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Asajaya menuju ke Sadong Jaya sekitar jam 11:00 pagi.

“Siasatan awal mendapati kenderaan bergerak lurus dan dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan lalu jatuh ke dalam parit berair.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Tambah Superintenden Alexson lagi, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan di dada akibat terkena stereng lori.

Sehingga kini siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya. 

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Previous articleMajikan gagal sedia penginapan selesa kepada pekerja dikena tindakan
Next article102 pemohon status kewarganegaraan yang telah diluluskan masih belum menuntut sijil 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here