Dunia Pemandu mabuk salahkan GPS memandu meneruni tangga

Pemandu mabuk salahkan GPS memandu meneruni tangga

24

WASHINGTON: Seorang wanita mabuk di Amerika Syarikat (AS) memandu kenderaannya menuruni tangga di sebuah garaj, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, insiden itu berpunca daripada kesilapan aplikasi sistem pengesanan global (GPS).

Dia memandu kenderaan utiliti sukan (SUV ) di atas tangga menuju ke garaj Jabatan Polis Portland. Polis mendakwa bahawa wanita itu memandu dalam keadaan mabuk.

“Seorang wanita berusia 26 tahun memandu melalui Jabatan Polis melintasi plaza pejalan kaki kami dan kemudian cuba menuruni tangga ke Middle Street.

“Wanita itu memberitahu bahawa dia mengikut arahan aplikasi GPS tetapi pegawai yang menyiasat kes tersebut berpendapat kejadian itu berpunca daripada perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol ,’’ kata kenyataan polis.

Tambah kenyataan sama, wanita itu kemudian disaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kami bernasib baik kerana dia tidak melanggar sesiapa dan kejadian itu berakhir dengan hanya kerosakan harta benda. Tolong jangan minum arak dan  memandu,’’ jelas kenyataan itu. – AGENSI

Previous articleGPS kuat di Parlimen, pertahankan suara dan hak rakyat Sarawak
Next articleBaju raya RM20,000 tertumpah kuah sate
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here