Tempatan Pemandu & penumpang terselamat dari maut dalam kemalangan kendiri

Pemandu & penumpang terselamat dari maut dalam kemalangan kendiri

15

KUCHING: Pemandu dan penumpang terselamat daripada kemalangan maut apabila sebuah kereta Proton Saga lama merempuh sebatang pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Khamis.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kemalangan kendiri pada jam 4:04 petang.

Sebaik menerima panggilan, PGO Sarawak telah mengarahkan sepasukan 6 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai Dzuriman dan sebauh jentera FRT ke lokasi kejadian. 

Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kemalangan kendiri melanggar pokok dan terdapat dua orang mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

Pasikan Bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan Rescue Tools dengan selamat dan mangsa seterusnya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Turut terlibat anggota zpolis Di Raja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Previous articleAhmad Johnie dijangka kekal calon GPS di Parlimen Igan
Next article2 buah sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here