Tempatan

Pembinaan ICQS Tebedu perlu diberikan perhatian

SERIAN: Kerajaan Persekutuan digesa supaya memberikan perhatian terhadap peruntukan dalam pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Badar berkata, jumlah peruntukan RM100 juta yang diperuntukan Kerajaan Pusat sebelum ini tidak mencukupi.

“Kita telah diberikan taklimat oleh pihak Imigresen dan Kastam bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM100 juta bagi membina ICQS yang baharu.

“Kita tahu jumlah tersebut dengan usaha tersebut tidak mencukupi dan kita harap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dapat berunding untuk meningkatkan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau ketika ditemui pemberita di Dewan Masyarakat Tebedu pada Ahad.

Menurutnya, pembinaan kompleks baharu bermula dengan pembersihan tapak projek yang menelan kos RM20 juta.

“Pampasan tapak projek juga telah dilunaskan kepada penduduk kampung.

“Dengan usaha tersebut diharap penduduk kampung dapat memberikan kerjasama baik dalam menjayakan penubuhan kompleks baharu itu kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pentingnya infrastruktur dari segi sektor pembangunan di kawasan Tebedu agar ia selati dengan pembangunan Kompleks Entikong Indonesia yang terletak bersebelah dengan ICQS Tebedu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *