Tempatan

Pembinaan Jambatan Marudi capai 68.4 peratus, yakin siap September ini

MARUDI: Kerja-kerja pembinaan Jambatan Marudi mendahului jadual dan kini mencapai tahap 68.4 peratus.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yakin projek pembinaan jambatan berkenaan dapat disiapkan pada September tahun ini.

“Kontraktor telah melaksanakan projek dengan lancar walaupun berdepan dengan isu kekurangan tenaga kerja.

“Mereka (kontraktor) mengambil pendekatan untuk bekerja pada waktu malam bagi menangani masalah ini,” katanya selepas melakukan lawatan ke tapak projek semalam.

Untuk rekod, mengikut jadual asal, projek ini dijangka siap pada Jun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *